Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

176. Orang tinggal tugas dan yang tidak hadir tanpa cuti yang menyerah diri kepada polis

Feedback & support
(1)

Jika di Malaysia seseorang itu menyerah diri kepada seseorang pegawai polis sebagai tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang daripada angkatan tetap, pegawai polis itu hendaklah

(melainkan jika dia menyerah diri di sesuatu balai polis) membawanya ke balai polis.

(2)

Pegawai yang menjaga balai polis tempat seseorang itu telah menyerah diri seperti yang disebut terdahulu, atau yang ke tempat itu seseorang yang telah menyerah diri dibawa, hendaklah dengan serta-merta menyiasat kes itu, dan jika ternyata pada pegawai itu bahawa orang tersebut telah tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang seperti yang disebut terdahulu dia boleh menyebabkan supaya orang itu diserahkan kepada jagaan angkatan tentera tanpa membawanya ke hadapan seorang majistret atau supaya orang itu dibawa ke hadapan seorang majistret.

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules