Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
173. Section 173
Feedback & supportJika perkhidmatan salvaj diberikan oleh atau dengan bantuan sesuatu kapal atau kapal udara yang dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong dan digunakan dalam
Akta Angkatan Tentera 181
angkatan tentera, Kerajaan Persekutuan boleh menuntut salvaj bagi perkhidmatan itu, dan hendaklah mempunyai hak dan remedi yang sama berkenaan dengan perkhidmatan itu seperti yang dipunyai oleh mana-mana pensalvaj lain jika kapal atau kapal udara itu dipunyai olehnya.
Tiada tuntutan untuk perkhidmatan salvaj oleh pemerintah atau mana-mana pegawai atau askar-lasykar sesuatu kapal atau kapal udara yang dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang di-Pertuan
Agong dan digunakan dalam angkatan tentera boleh dihukum dengan muktamad, melainkan jika keizinan Menteri terhadap pendakwaan tuntutan itu dibuktikan; dan keizinan itu boleh diberikan pada bila-bila masa sebelum penghukuman muktamad itu.
Mana-mana dokumen yang berupa sebagai memberi keizinan
Menteri bagi maksud seksyen ini hendaklah menjadi keterangan bagi keizinan itu.
Jika sesuatu tuntutan untuk perkhidmatan salvaj didakwa dan keizinan Menteri tidak dibuktikan, tuntutan itu hendaklah ditolak dengan kos.
Menteri boleh, atas syor Peguam Negara, menerima bagi pihak
Yang di-Pertuan Agong dan komander, pegawai-pegawai dan askar-lasykar itu atau mana-mana daripada mereka, apa-apa tawaran penyelesaian berkenaan dengan tuntutan bagi perkhidmatan salvaj yang diberikan kepada mana-mana kapal atau kapal udara yang dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong dan digunakan dalam angkatan tentera.
Hasil daripada mana-mana penyelesaian yang dibuat di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan
Agong.
182 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Peruntukan yang berhubungan dengan Orang Tinggal Tugas dan yang Tidak Hadir tanpa Cuti