Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

172. Section 172

Feedback & support
(1)

Menjadi kewajipan mana-mana nakhoda atau orang lain yang memerintah mana-mana kapal yang terkandung dalam sesuatu konvoi di bawah perintah seseorang pegawai Tentera Laut atau

Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia atau di bawah mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu dengan kebenaran Menteri, untuk mematuhi, dalam semua perkara yang berhubungan dengan pelayaran atau keselamatan konvoi itu, apa-apa arahan yang boleh diberikan—

(a)

jika konvoi itu diiringi oleh mana-mana kapal Tentera

Laut, oleh pegawai memerintah bagi mana-mana kapal itu;

(b)

dalam apa-apa hal lain, oleh pegawai itu atau orang lain yang memerintah konvoi itu, dan untuk mengambil langkah pengawasan untuk mengelakkan musuh sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana arahan itu.

(2)

Jika mana-mana arahan itu tidak dipatuhi, mana-mana pegawai memerintah, atau pegawai tersebut atau orang lain yang memerintah konvoi itu, boleh memaksa supaya ia dipatuhi dengan kekerasan senjata, dan dia serta mana-mana orang yang bertindak di bawah perintahnya tidak akan bertanggungan bagi apa-apa bencana atau kehilangan nyawa atau apa-apa kerosakan kepada atau kerugian terhadap harta akibat daripada itu.

Peruntukan mengenai Salvaj

Salvaj oleh kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules