Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
181. Peruntukan am berkenaan dengan keterangan
Feedback & supportPeruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuat kuasa berkenaan dengan keterangan dalam prosiding di bawah Akta ini, sama ada di hadapan sesuatu mahkamah tentera, sesuatu mahkamah awam atau selainnya.
Sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu salinan kertas pengakusaksian yang ditandatangani oleh mana-mana orang dan yang berupa sebagai diperakui sebagai salinan yang benar oleh seseorang yang dinyatakan dalam perakuan itu sebagai yang menjaga kertas pengakusaksian itu hendaklah menjadi keterangan bagi pengambilan masuk orang yang diakusaksikan itu.
Kertas pengakusaksian yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh seseorang pada masa pengambilan masuknya hendaklah menjadi keterangan bahawa dia telah memberikan jawapan kepada soalan yang direkodkan dalamnya.
Sesuatu surat, penyata atau dokumen lain yang menyatakan bahawa mana-mana orang—
telah atau tidak berkhidmat pada mana-mana masa tertentu atau semasa mana-mana tempoh tertentu dalam mana-mana angkatan tentera, atau telah diberhentikan kerja daripada mana-mana daripada angkatan tentera pada atau sebelum mana-mana masa tertentu;
memegang atau tidak memegang pada mana-mana masa tertentu apa-apa pangkat atau jawatan yang tertentu dalam mana-mana daripada angkatan itu, atau telah pada atau sebelum mana-mana masa tertentu ditugaskan, dipinjamkan, ditempatkan atau ditukarkan kepada mana-
188 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
mana daripada angkatan itu, atau pada mana-mana masa tertentu atau semasa mana-mana tempoh tertentu telah atau tidak berkhidmat atau telah atau tidak memegang apa-apa pangkat atau jawatan dalam mana-mana negara atau tempat tertentu; atau
telah atau tidak pada mana-mana masa tertentu diberi kuasa untuk menggunakan atau memakai apa-apa bintang, lencana atau lambang, hendaklah, jika berupa sebagai dikeluarkan oleh atau bagi pihak
Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh seseorang yang diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera, menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam surat, penyata atau dokumen lain itu.
Sesuatu rekod yang dibuat dalam mana-mana buku perkhidmatan atau dokumen lain yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud subseksyen ini, iaitu suatu rekod yang dibuat menurut mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya pada menjalankan kewajipan, dan berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah atau oleh mana-mana orang yang menjadi kewajipannya untuk membuat rekod itu, hendaklah menjadi keterangan bagi fakta yang dinyatakan dalamnya;
dan satu salinan bagi sesuatu rekod (termasuklah tandatangan dalamnya) dalam mana-mana buku atau dokumen lain seperti yang disebut terdahulu, yang berupa sebagai diperakui sebagai suatu salinan yang benar oleh seseorang yang dinyatakan dalam perakuan itu sebagai orang yang menjaga buku atau dokumen lain itu, hendaklah menjadi keterangan bagi rekod itu.
Sesuatu dokumen yang berupa sebagai telah dikeluarkan dengan perintah Majlis Angkatan Tentera dan mengandungi arahan, perintah atau peraturan-peraturan yang diberikan atau dibuat oleh
Majlis Angkatan Tentera hendaklah menjadi keterangan berkenaan dengan pemberian arahan atau pembuatan perintah atau peraturan-peraturan itu dan hendaklah menjadi keterangan bagi kandungan arahan, perintah dan peraturan-peraturan itu.
Akta Angkatan Tentera 189
Sesuatu perakuan yang berupa sebagai telah dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh seseorang yang diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera—
bahawa sesuatu bintang daripada sesuatu jenis yang dinyatakan dalam atau dilampirkan kepada sesuatu perakuan ialah suatu bintang perkhidmatan; atau
bahawa sesuatu lencana atau lambang daripada sesuatu jenis yang dinyatakan dalam atau yang dilampirkan kepada sesuatu perakuan merupakan diberikan atau diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera, hendaklah menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah seseorang itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk memberikan perakuan itu, dan yang menyatakan kandungan atau mana-mana bahagian perintah tetap atau perintah biasa lain daripada jenis yang berterusan yang dibuat untuk—
apa-apa formasi atau unit atau kumpulan trup;
apa-apa pemerintahan atau kawasan lain, stesen, garison atau tempat;
mana-mana kapal atau pasukan tentera laut; atau
mana-mana kereta api atau kapal udara, hendaklah dalam prosiding terhadap orang itu menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.