Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

174. Penangkapan orang tinggal tugas dan yang tidak hadir tanpa cuti

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai polis boleh menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar daripada angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau yang tidak hadir tanpa cuti.

(2)

Jika tiada pegawai polis boleh didapati, mana-mana pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap, atau mana-mana orang lain, boleh menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki seperti yang disebut terdahulu.

(3)

Seseorang majistret atau orang lain yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sesuatu waran untuk menangkap seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan jenayah dalam bidang kuasanya, jika berpuas hati dengan keterangan bersumpah bahawa orang itu semunasabahnya disyaki sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau yang tidak hadir tanpa cuti, atau yang semunasabahnya disyaki sebagai tidak hadir tanpa cuti, boleh mengeluarkan suatu waran yang memberikan kuasa terhadap penangkapannya.

(4)

Mana-mana orang yang dalam jagaan menurut seksyen ini hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan dan dalam apa-apa hal dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan seorang majistret.

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules