Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

187A. Pungutan caruman

Feedback & support
(1)

Pihak berkuasa yang layak boleh memungut apa-apa caruman yang difikirkannya patut bagi maksud meningkatkan kebajikan dan memperuntukkan faedah lain bagi anggota angkatan tentera dan keluarga mereka, termasuklah bagi penubuhan mes dalam berbagai-bagai unit.

(2)

Bagi maksud Bahagian V, caruman hendaklah disifatkan sebagai harta perkhidmatan.

(3)

Majlis Angkatan Tentera boleh mengeluarkan Perintah Majlis

Angkatan Tentera bagi maksud seksyen ini termasuklah mengadakan peruntukan bagi pelantikan orang yang olehnya dan cara yang caruman itu akan ditadbirkan, diuruskan, dikawal dan dibayar.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “unit” ertinya markas, formasi, pangkalan, kapal, stesen, depot, pusat latihan atau apa-apa yang bersamaan dengannya.

Akta Angkatan Tentera 195

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules