Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

186. Kuasa pegawai tertentu untuk mengambil akuan berkanun

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai angkatan tetap yang berpangkat tidak rendah daripada mejar, komander muda laut atau komander muda udara (kemudian daripada ini disebut “pegawai yang diberi kuasa”)

boleh, di luar Malaysia, mengambil akuan berkanun daripada orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini.

(2)

Sesuatu dokumen yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa sebagai testimoni sesuatu akuan berkanun yang dibuat di hadapannya menurut seksyen ini dan mengandungi dalam jurat atau pengakusaksian itu suatu pernyataan tarikh dan tempat akuan itu dibuat dan nama penuh dan pangkat pegawai itu hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti bahawa tandatangan itu ialah tandatangan pegawai itu atau tanpa bukti mengenai fakta yang dinyatakan sedemikian.

Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan-peraturan pencen, dsb.

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules