Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
175. Prosiding di hadapan sesuatu mahkamah awam jika orang disyaki tidak hadir dengan cara yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportJika seseorang yang dibawa ke hadapan seorang majistret dikatakan sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti, peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa.
Akta Angkatan Tentera 183
Jika dia mengaku bahawa dia telah tidak hadir secara menyalahi undang-undang daripada angkatan tetap dan majistret itu berpuas hati dengan kebenaran pengakuan itu, maka—
melainkan jika dia dalam jagaan bagi sebab lain, majistret itu hendaklah; dan
walaupun dia dalam jagaan bagi sebab lain, majistret itu boleh, dengan serta-merta sama ada menyebabkan supaya dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh majistret itu, atau mengkomitkannya ke dalam penjara, balai polis atau tempat lain yang disediakan bagi pengurungan orang dalam jagaan, untuk disimpan di situ selama masa yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan oleh majistret itu (tidak melebihi masa sebagaimana yang pada pendapat majistret itu semunasabahnya perlu bagi maksud membolehkan dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera) atau sehingga dia terlebih dahulu diserahkan kepada jagaan itu.
Apa-apa masa yang dinyatakan oleh majistret mengikut subseksyen terdahulu yang akhir disebut boleh dilanjutkan oleh majistret itu dari semasa ke semasa jika pada pendapat majistret itu adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud seperti yang disebut terdahulu.
Jika dia tidak mengaku bahawa dia telah tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang seperti yang disebut terdahulu, atau jika majistret tidak berpuas hati dengan kebenaran pengakuan itu, majistret itu hendaklah menimbangkan kesalahan itu dan mana-mana pernyataan tertuduh, dan jika berpuas hati bahawa dia tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan jika dia berpendapat bahawa ada keterangan yang cukup untuk mewajarkannya dibicarakan di bawah Akta ini atas kesalahan tinggal tugas atau tidak hadir tanpa cuti maka, melainkan jika dia dalam jagaan bagi sebab lain, majistret hendaklah menyebabkan supaya dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera, atau memenjarakannya
184 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
seperti yang disebut terdahulu, atau selainnya hendaklah melepaskannya:
Dengan syarat bahawa jika dia dalam jagaan kerana sebab lain, majistret itu hendaklah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk bertindak mengikut subseksyen ini.