Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

185. Pengelakan caj atas gaji tentera, pencen, dsb

Feedback & support
(1)

Sesuatu pencen, ganjaran atau pemberian lain yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, kecuali bagi maksud menjelaskan—

(a)

suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan

Persekutuan atau kepada Kerajaan mana-mana Negeri;

(aa)

hutang yang kena dibayar kepada Lembaga Pembiayaan

Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah Akta

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015

[Akta 767] berkenaan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan oleh Lembaga itu;

atau

(b)

suatu perintah mana-mana mahkamah supaya membayar apa-apa jumlah wang bagi menanggung isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa sama ada sah taraf atau tidak, bagi anggota yang kepadanya pencen, ganjaran atau pemberian lain itu telah dibayar, dan pencen, ganjaran atau pemberian lain itu tidak boleh ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan dengan apa-apa hutang atau tuntutan lain kecuali bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan

(a)

, (aa) dan (b).

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatanya oleh Akta ini, tiada perintah boleh dibuat oleh mana-mana mahkamah tentera atau mahkamah awam yang bermaksud untuk menahan mana-mana orang daripada menerima apa-apa jua yang menurut kuasa seksyen ini dia dicegah daripada menyerah hak dan untuk mengarahkan bayarannya kepada orang lain.

Akta Angkatan Tentera 193

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis yang mengadakan peruntukan bagi pembayaran apa-apa jumlah wang kepada seseorang pemegang amanah bagi seseorang bankrap dalam kebankrapan untuk dibahagi-bahagikan di kalangan pemiutang.

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules