Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

187. Section 187

Feedback & support
(1)

Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan

Agong boleh membuat peraturan-peraturan termasuklah peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan kelayakan anggota-anggota angkatan tetap dan orang tanggungan mereka berkenaan dengan gaji bersara, pencen, ganjaran dan pemberian lain; dan peraturan-peraturan itu boleh menyatakan syarat yang meliputi pemberian dan kadar gaji bersara, pencen, ganjaran dan pemberian lain itu, dan boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yang mungkin perlu untuk menjalankan maksud seksyen ini.

194 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(2)

Walau apa pun tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini menurut seksyen 1 atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diberi kuat kuasa ke belakang kepada sesuatu tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Walau apa pun tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini menurut seksyen 1 atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong boleh meminda apa-apa kaedah, peraturan, perintah dan surat cara lain yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan yang dimansuhkan oleh subseksyen 217(1) yang perundangan subsidiari itu masih berkuat kuasa menurut kuasa subseksyen (2) seksyen itu dan apa-apa pindaan yang dibuat di bawah ini kepada perundangan subsidiari yang masih berkuat kuasa itu boleh diberi kuat kuasa ke belakang kepada sesuatu tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules