Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VII · Peruntukan Am

178. Section 178

Feedback & support
(1)

Maka hendaklah menjadi kewajipan penguasa atau orang lain yang menjaga sesuatu penjara awam di Malaysia untuk menerima mana-mana orang yang telah dikomitkan dengan sewajarnya ke dalam penjara itu oleh seseorang majistret sebagai tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang daripada angkatan tetap dan untuk menahannya sehingga dia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera menurut arahan majistret itu.

(2)

Subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah terpakai bagi orang yang menjaga mana-mana balai polis atau tempat lain (yang bukannya suatu penjara) di Malaysia yang diperuntukkan bagi pengurungan orang dalam jagaan sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi penguasa atau orang lain yang menjaga sesuatu penjara awam.

Kesalahan yang berhubungan dengan Angkatan Tentera yang boleh dihukum oleh Mahkamah Awam

Report

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules