Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
182. Bukti bagi keputusan perbicaraan awam
Feedback & supportJika seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini telah dibicarakan di hadapan sesuatu
190 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
mahkamah awam (sama ada pada masa perbicaraan itu dia tertakluk sedemikian atau tidak), suatu perakuan yang ditandatangani oleh pendaftar mahkamah awam itu dan yang menyatakan semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut:
bahawa orang tersebut telah dibicarakan di hadapan mahkamah itu bagi sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam perakuan itu;
keputusan perbicaraan itu;
apa-apa hukuman atau perintah yang telah diberikan atau dibuat oleh mahkamah itu;
bahawa kesalahan lain yang dinyatakan dalam perakuan itu telah diberi pertimbangan pada perbicaraan itu, hendaklah bagi maksud Akta ini menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Pendaftar mahkamah awam itu hendaklah jika dikehendaki oleh pegawai memerintah orang yang berkenaan itu atau mana-mana pegawai lain memberikan suatu perakuan di bawah seksyen ini.
Sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan di bawah seksyen ini dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pendaftar sesuatu mahkamah awam hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, disifatkan sebagai suatu perakuan sedemikian.
Keterangan prosiding mahkamah tentera