Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
184. Sekatan ke atas penurunan pangkat pegawai waran dan pegawai tidak bertauliah
Feedback & supportSeseorang pegawai waran daripada angkatan tetap tidak boleh diturunkan pangkat kecuali dengan hukuman oleh sesuatu mahkamah tentera atau dengan perintah Majlis Angkatan Tentera, atau
Ketua Perkhidmatan yang berkenaan atau seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera.
Seseorang pegawai tidak bertauliah (selain lans koperal atau lans koperal meriam) daripada angkatan tetap tidak boleh diturunkan pangkat kecuali dengan hukuman sesuatu mahkamah tentera, atau oleh pegawai memerintahnya dengan kelulusan dan setakat yang diluluskan oleh sesuatu pihak berkuasa yang meluluskan, atau dengan perintah
Majlis Angkatan Tentera atau Ketua Perkhidmatan yang berkenaan atau seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis Angkatan
Tentera.
Sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah salah satu daripada dua subseksyen terdahulu yang akhir disebut boleh diberikan secara am atau tertakluk pada sekatan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Majlis Angkatan Tentera.
192 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Bagi maksud subseksyen (1) dan (2) penurunan pangkat tidak termasuk penurunan pangkat daripada pangkat pemangku.