Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Am
183. Section 183
Feedback & supportProsiding asal sesuatu mahkamah tentera yang berupa sebagai ditandatangani oleh yang dipertua mahkamah tentera itu dan dalam jagaan Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera Malaysia, atau mana-mana orang yang menyimpannya dengan sah, boleh diterima sebagai keterangan apabila dikeluarkan daripada jagaan itu.
Akta Angkatan Tentera 191
Sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu Salinan bagi prosiding asal sesuatu mahkamah tentera atau mana-mana bahagiannya dan sebagai diperakui oleh Pegawai Penjaga Rekod
Angkatan Tentera Malaysia, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, atau oleh mana-mana orang yang menjaga dengan sah prosiding itu, sebagai suatu salinan yang benar, hendaklah menjadi keterangan bagi kandungan prosiding atau bahagian yang dengannya dokumen itu berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seksyen ini terpakai bagi mana-mana keterangan yang diberikan dalam mana-mana mahkamah awam di Malaysia yang berhubungan dengan prosiding jenayah.
Peruntukan Pelbagai