Seksyen 76
Keterangan palsu
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah mengangkat sumpah dengan sah sebagai seorang saksi atau sebagai seorang jurubahasa dalam prosiding di hadapan mahkamah tentera atau di hadapan mana-mana lembaga atau orang yang mempunyai kuasa menurut kuasa Akta ini untuk mentadbirkan sumpah, membuat suatu pernyataan atau terjemahan pada materialnya dalam prosiding itu yang diketahuinya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagai benar, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Kesalahan Pelbagai
Memalsukan dokumen perkhidmatan