Skip to content

Seksyen 77

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 88 of 129
Seksyen 77

(a)

membuat, menandatangani atau membuat sesuatu catatan dalam mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau dokumen perkhidmatan yang lain, iaitu suatu dokumen atau catatan yang diketahuinya sebagai palsu pada butir-butir materialnya;

(b)

mengubah mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau dokumen perkhidmatan yang lain, atau mengubah mana-mana catatan dalam sesuatu dokumen itu, hingga dokumen atau catatan itu diketahuinya sebagai palsu pada butir-butir materialnya;

(c)

menyembunyikan, mencacatkan atau menghapuskan mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau dokumen perkhidmatan yang lain yang menjadi kewajipannya untuk memelihara atau mengemukakannya;

(d)

dengan niat hendak memfraud tidak memasukkan sesuatu catatan dalam mana-mana dokumen sebagaimana yang disebut terdahulu; atau

(e)

membantu, menyubahati, memerintahkan, menasihati, mendapatkan atau membiarkan seseorang lain yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah

Akta ini melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini

(sama ada atau tidak dia mengetahui jenis dokumen yang berhubung dengannya kesalahan itu akan dilakukan),boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua

Akta Angkatan Tentera 83

tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Tuduhan palsu, dsb.