Seksyen 101
Seksyen 101
Dalam Akta ini ungkapan “pegawai memerintah”, berhubung dengan seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan, ertinya pegawai yang mempunyai kuasa untuk memerintah orang itu sebagaimana yang ditentukan oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini.
(2)
Orang yang berikut boleh bertindak sebagai pihak berkuasa atasan yang berkenaan berhubung dengan seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan, iaitu, mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang dalam setiap hal mempunyai kuasa untuk memanggil mahkamah tentera bersidang di bawah Akta ini.
(3)
Peraturan-peraturan seperti yang disebut terdahulu boleh memberikan pegawai, atau mana-mana kelas pegawai yang, oleh atau di bawah peraturan-peraturan itu, diberi kuasa untuk menjalankan fungsi pegawai memerintah, kuasa untuk mewakilkan fungsi itu, dalam hal dan setakat yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu, kepada pegawai dalam kelas yang dinyatakan sedemikian.
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 77