Seksyen 102
Had kuasa bagi membicarakan terus pertuduhan
ActIn forceProvision 117 of 129
Seksyen 102
(1)
Pertuduhan yang boleh dibicarakan terus oleh seseorang pegawai memerintah, dan pertuduhan yang boleh dibicarakan terus oleh sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan, ialah pertuduhan sebagaimana yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini.
(2)
Dalam apa-apa hal sebagaimana yang dinyatakan bagi maksud itu oleh peraturan-peraturan yang disebut terdahulu kuasa seseorang pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan untuk mengenakan hukuman hendaklah tertakluk pada had yang dinyatakan sedemikian.
Mahkamah Tentera: Peruntukan Am