167. Section 167
Feedback & supportSeseorang yang melanggan atau membeli apa-apa syer atau debentur dan menanggung kerugian atau kerosakan akibat mana-mana pernyataan atau maklumat yang terkandung dalam suatu prospektus yang palsu atau mengelirukan atau apa-apa pernyataan atau maklumat yang terkandung dalam prospektus yang daripadanya terdapat suatu peninggalan yang material, boleh mendapatkan balik amaun bagi kerugian atau kerosakan itu daripada mana-mana orang yang berikut:
perbadanan itu dan setiap pengarah perbadanan itu pada masa pengeluaran prospektus itu;
seseorang yang membenarkan atau menyebabkan dirinya dinamakan dan yang dinamakan dalam prospektus itu sebagai pengarah atau yang telah bersetuju untuk menjadi pengarah, sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat tempoh;
seorang penganjur, bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada prospektus itu atau mana-mana bahagian yang berkaitan dengan prospektus itu yang dia merupakan suatu pihak kepada penyediaan prospektus itu;
seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu atas persetujuannya sebagai membuat pernyataan yang dimasukkan dalam prospektus itu atau yang padanya pernyataan dalam prospektus itu diasaskan, bagi apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pemasukan pernyataan itu ke dalam prospektus; atau 214 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
seseorang yang membenarkan atau menyebabkan dikeluarkan suatu prospektus yang berlanggaran dengan seksyen 168, bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran itu.
Tiada seorang pun boleh bertanggungan di bawah subseksyen (1) jika dia membuktikan bahawa—
setelah bersetuju untuk menjadi pengarah perbadanan, dia menarik balik persetujuannya sebelum prospektus itu dikeluarkan dan bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa kebenaran atau persetujuannya;
prospektus itu telah dikeluarkan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan dia telah memberikan notis yang munasabah kepada orang awam selepas dia menyedari tentang pengeluaran itu;
selepas pengeluaran prospektus itu dan sebelum pengumpukan atau penjualan syer atau debentur, dia telah menarik balik persetujuannya selepas dia menyedari akan apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam prospektus itu dan memberikan notis yang munasabah kepada orang awam mengenai penarikan balik itu dan sebabnya; atau
berhubung dengan tiap-tiap pernyataan yang palsu atau mengelirukan—
dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pernyataan itu adalah benar setakat masa pengumpukan atau penjualan syer atau debentur itu;
yang berupa suatu pernyataan, atau berasaskan suatu pernyataan, atau terkandung dalam apa yang dikatakan berupa sebagai salinan atau cabutan daripada laporan penilaian seorang pakar, dan dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang membuat pernyataan itu adalah pakar dan
Syarikat 215
kompeten untuk membuat pernyataan yang benar setakat masa pengeluaran prospektus itu dan bahawa orang itu telah memberi persetujuan yang dikehendaki di bawah seksyen 160 untuk pengeluaran prospektus itu dan tidak menarik balik persetujuan itu sebelum salinan prospektus itu dihantar serah bagi pendaftaran atau sebelum apa-apa pengumpukan atau penjualan syer atau debentur itu; dan
yang berupa sebagai pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai atasan atau terkandung dalam apa yang dikatakan sebagai suatu salinan atau cabutan daripada dokumen rasmi awam, pernyataan itu adalah suatu representasi yang betul dan tepat mengenai pernyataan atau salinan atau cabutan daripada dokumen itu.
Subseksyen (2) tidak terpakai dalam hal seseorang yang bertanggungan, oleh sebab dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki olehnya oleh seksyen 160, sebagai orang yang telah membenarkan atau menyebabkan dikeluarkan prospektus itu berkenaan dengan pernyataan yang palsu dan mengelirukan yang dikatakan berupa telah dibuat olehnya sebagai pakar.
Seseorang yang, selain subseksyen ini akan menjadi bertanggungan di bawah subseksyen (1), disebabkan dia telah memberikan persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen 160 sebagai orang yang telah membenarkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan yang berupa dibuat olehnya sebagai pakar tidak menjadi bertanggungan jika dia membuktikan bahawa—
dia menarik balik persetujuannya secara bertulis sebelum salinan prospektus itu diserah simpan dengan Pendaftar;
selepas salinan prospektus itu diserah simpan dengan
Pendaftar dan sebelum pengumpukan atau penjualan syer atau debentur itu, dia menarik balik secara bertulis persetujuannya selepas menyedari tentang pernyataan yang palsu atau mengelirukan itu dan memberi notis yang
216 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
munasabah kepada orang awam mengenai penarikan balik itu bersama dengan sebabnya; atau
dia adalah kompeten untuk membuat pernyataan itu dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pernyataan itu adalah benar sehingga masa pengumpukan atau penjualan syer atau debentur itu.
Jika—
prospektus itu mengandungi nama seseorang sebagai pengarah perbadanan, atau seseorang itu bersetuju tetapi tidak memberikan persetujuannya untuk menjadi pengarah atau telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu dan tidak membenarkan atau bersetuju dengan pengeluaran prospektus itu; atau
persetujuan seseorang dikehendaki di bawah seksyen 160
untuk pengeluaran prospektus itu dan dia sama ada tidak memberikan persetujuan itu atau menarik balik persetujuan itu sebelum pengeluaran prospektus itu, pengarah perbadanan itu kecuali pengarah yang tanpa pengetahuan atau persetujuannya prospektus itu dikeluarkan, dan mana-mana orang lain yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektus itu adalah bertanggungan untuk menanggung rugi orang yang dinamakan itu atau yang persetujuannya dikehendaki bagi semua ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang dia bertanggungan disebabkan namanya telah dimasukkan dalam prospektus itu atau dimasukkan dalam prospektus itu suatu pernyataan yang dikatakan berupa dibuat olehnya, atau dalam membela dirinya terhadap apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang dibawa terhadapnya berkenaan dengan prospektus itu.
Liabiliti jenayah bagi pernyataan silap dalam prospectus