Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

166. Prospektus tambahan atau prospektus gantian

Feedback & support
(1)

Seksyen ini terpakai jika, selepas pendaftaran suatu prospektus tetapi sebelum pengeluarannya, orang yang menyerah simpan atau mendaftarkan prospektus itu menyedari bahawa—

(a)

suatu perkara baru yang signifikan telah wujud yang menjadi suatu perkara, bagi maklumat yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dizahirkan dalam prospektus itu;

(b)

terdapat perubahan yang signifikan yang menyentuh sesuatu perkara yang dizahirkan dalam prospektus itu;

(c)

prospektus itu mengandungi suatu pernyataan material yang palsu atau mengelirukan; atau

(d)

terdapat suatu peninggalan yang material daripada prospektus itu.

(2)

Selepas menyedari perkara yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, menyerah simpan atau mendaftarkan suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian dengan Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suatu prospektus tambahan hendaklah—

(a)

mengenal pasti dengan jelas prospektus yang berhubung dengan prospektus tambahan itu; dan

(b)

mengandungi suatu pernyataan dalam cetakan huruf tebal atau berwarna pada setiap muka surat prospektus tambahan itu yang menyatakan bahawa—

Syarikat 211

(i)

prospektus tambahan itu merupakan suatu prospektus tambahan untuk dibaca bersama-sama dengan prospektus asal; dan

(ii)

jika prospektus tambahan lain telah dikeluarkan berhubung dengan prospektus asal yang sama, kedua-dua prospektus asal itu dan prospektus tambahan yang terdahulu.

(4)

Suatu prospektus tambahan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada prospektus asal yang berhubung dengan prospektus tambahan itu dan peruntukan di bawah Subpenggal ini mengenai kandungan prospektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan dan peninggalan yang material dalam suatu prospektus hendaklah terpakai dan berkuat kuasa sewajarnya.

(5)

Jika suatu prospektus tambahan telah didaftarkan dengan

Pendaftar di bawah subseksyen (1), tiap-tiap salinan prospektus asal hendaklah dikeluarkan bersama dengan salinan prospektus tambahan itu.

(6)

Suatu prospektus gantian hendaklah—

(a)

mengenal pasti dengan jelas prospektus yang digantikannya;

(b)

mengandungi suatu pernyataan dalam cetakan huruf tebal atau berwarna pada permulaan prospektus itu yang menyatakan bahawa ia merupakan suatu prospektus gantian;

dan

(c)

dianggap sebagai menggantikan prospektus asal yang didaftarkan terdahulu di bawah seksyen 155.

(7)

Walaupun prospektus asal yang berhubung dengan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu atau yang menggantikan telah dikeluarkan, suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian boleh didaftarkan bagi maksud subseksyen (1) jika—

(a)

prospektus asal itu berhubung dengan suatu pelawaan atau tawaran yang ditujukan kepada golongan orang yang boleh

212 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

dikenal pasti yang kepadanya prospektus asal itu disampaikan secara langsung oleh orang yang membuat pelawaan atau tawaran itu atau oleh ejennya yang dilantik, dan salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu dihantar kepada setiap orang itu mengikut subseksyen (8); atau

(b)

prospektus asal itu berhubung dengan suatu pelawaan atau tawaran kepada orang awam dan suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu diiklankan dalam tiap-tiap surat khabar yang pada asalnya mengiklankan pelawaan atau tawaran itu atau yang meminta perhatian kepada pelawaan atau tawaran itu mengikut subseksyen (8).

(8)

Bagi maksud subseksyen (7), suatu notis hendaklah—

(a)

dalam hal perenggan (7)(a), dihantar bersama dengan suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian kepada tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen itu; dan

(b)

dalam hal perenggan (7)(b), diiklankan bersama dengan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu dengan menyatakan bahawa—

(i)

suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian telah didaftarkan dengan Pendaftar; dan

(ii)

tiap-tiap orang yang mengemukakan permohonannya sebelum tarikh notis itu berhak untuk menarik balik permohonannya dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu dan semua wang permohonan yang diterima berkenaan dengan syer atau debentur itu akan dibayar balik sepenuhnya tanpa faedah atau keuntungan.

(9)

Mana-mana prospektus tambahan atau prospektus gantian yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007 hendaklah diserah simpan dengan

Pendaftar dengan serta-merta apabila didaftarkan dengan Suruhanjaya

Sekuriti berserta dengan notis yang menunjukkan prospektus asal yang

Syarikat 213

berhubung dengan atau menggantikan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(10)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Liabiliti sivil bagi pernyataan silap dalam prospectus

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules