168. Section 168
Feedback & supportTiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pengeluaran suatu prospektus yang mengandungi—
Syarikat 217
apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan; atau
suatu peninggalan yang material daripada apa-apa pernyataan atau maklumat.
Bagi maksud seksyen ini, menjadi suatu pembelaan bagi seseorang jika dia membuktikan bahawa—
pernyataan atau peninggalan itu adalah tidak material; atau
dia telah membuat segala siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu dan selepas membuat apa-apa siasatan, dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan terus mempercayai bahawa pernyataan itu adalah benar atau peninggalan itu adalah tidak material setakat masa pengeluaran prospektus itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Orang yang tidak dianggap sebagai membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospectus