Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

219. Kewajipan am untuk membuat penzahiran

Feedback & support
(1)

Pengarah syarikat hendaklah memberi notis secara bertulis kepada syarikat—

(a)

mengenai butir-butir yang berhubungan dengan syer, debentur, kepentingan kesertaan, hak, opsyen dan kontrak yang perlu bagi maksud pematuhan kepada seksyen 59 oleh syarikat itu;

(b)

mengenai butir-butir apa-apa pertukaran berkaitan dengan butir-butir yang disebut dalam perenggan (a) yang notis telah diberikan kepada syarikat termasuk balasan, jika ada, yang diterima sebagai akibat daripada kejadian yang memberi kesan kepada pertukaran itu; dan

(c)

mengenai apa-apa kejadian atau perkara yang menyentuh atau yang berhubungan dengan dirinya yang perlu bagi maksud pematuhan kepada kehendak Akta ini oleh syarikat.

(2)

Seseorang yang dikehendaki untuk memberikan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan notis itu, dalam masa empat belas hari—

(a)

dalam hal suatu notis di bawah perenggan (1)(a)—

(i)

dari tarikh pengarah itu menjadi pengarah; atau

Syarikat 271

(ii)

dari tarikh pengarah itu memperoleh suatu kepentingan dalam syer, debentur, kepentingan kesertaan, hak, opsyen atau kontrak;

(b)

dalam hal suatu notis di bawah perenggan (1)(b), dari tarikh berlakunya kejadian yang memberi kesan kepada perubahan itu; dan

(c)

dalam hal suatu notis di bawah perenggan (1)(c), dari tarikh apa-apa kejadian dan perkara yang disebut dalam perenggan itu.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(a) dan (b), dalam hal suatu syarikat yang syernya disebut di bursa saham, tempoh notis ialah lima hari.

(4)

Syarikat hendaklah, menghantar suatu salinan notis itu kepada setiap pengarah lain syarikat itu dalam masa tujuh hari dari penerimaan suatu notis di bawah subseksyen (1).

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

sebutan mengenai kepentingan kesertaan ertinya sebutan mengenai suatu kepentingan mengikut pengertian Akta Skim

Kepentingan 2016; dan

(b)

dalam menentukan sama ada seseorang mempunyai kepentingan dalam debentur atau kepentingan kesertaan, seksyen 8, kecuali bagi subseksyen 8(1) dan (3), mempunyai kesan dan dalam mengguna pakai peruntukan itu, sebutan mengenai syer hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai debentur atau kepentingan kesertaan.

(6)

Seseorang pengarah yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal subseksyen (1), dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya; dan 272 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

dalam hal subseksyen (2), didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

(7)

Syarikat yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules