Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
221. Penzahiran kepentingan dalam kontrak, kontrak yang dicadangkan, harta, jawatan, dsb
Feedback & supportTertakluk pada seksyen ini, tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, berkepentingan dalam suatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan syarikat itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas fakta yang berkaitan sampai ke pengetahuan pengarah, mengisytiharkan jenis kepentingannya dalam mesyuarat lembaga pengarah.
Kehendak subseksyen (1) tidak terpakai dalam hal jika kepentingan pengarah hanya sebagai anggota atau pemiutang perbadanan yang berkepentingan dalam suatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan syarikat yang pertama disebut jika kepentingan pengarah itu boleh sewajarnya dianggap sebagai bukan suatu kepentingan material.
Seseorang pengarah syarikat tidak boleh disifatkan sebagai berkepentingan atau telah pada bila-bila masa berkepentingan dalam
Syarikat 273
mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan hanya oleh sebab—
dalam hal jika kontrak atau kontrak yang dicadangkan itu berhubung dengan apa-apa pinjaman kepada syarikat yang telah dijamin atau disertai oleh pengarah itu atau secara bersesama menjamin pembayaran balik pinjaman itu atau mana-mana bahagian pinjaman itu; atau
dalam hal jika kontrak atau kontrak yang dicadangkan itu telah atau akan dibuat dengan atau bagi faedah atau bagi pihak suatu perbadanan menurut kuasa seksyen 7 disifatkan sebagai berkaitan dengan syarikat itu bahawa dia ialah pengarah bagi perbadanan itu, dan subseksyen ini hendaklah berkuat kuasa bukan hanya bagi maksud
Akta ini tetapi juga bagi maksud undang-undang bertulis yang lain, tetapi subseksyen ini tidak menjejaskan kuat kuasa mana-mana peruntukan dalam perlembagaan syarikat.
Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am yang diberikan kepada lembaga pengarah oleh pengarah bagi menunjukkan bahawa pengarah itu ialah seorang pegawai atau anggota suatu perbadanan yang dinyatakan atau anggota suatu firma yang dinyatakan dan dianggap sebagai berkepentingan dalam mana-mana kontrak yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan perbadanan atau firma itu hendaklah disifatkan sebagai pengisytiharan kepentingan yang mencukupi berhubung dengan mana-mana kontrak yang dibuat jika notis itu menyatakan jenis dan takat kepentingan pengarah itu dalam perbadanan atau firma yang dinyatakan itu dan kepentingan itu tidak berbeza daripada jenis atau lebih besar daripada takat dan jenis yang dinyatakan dalam notis am itu pada masa mana-mana kontrak dibuat sedemikian.
Notis yang disebut dalam subseksyen (4) tidak berkuat kuasa melainkan jika notis itu diberikan dalam suatu mesyuarat pengarah atau pengarah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dibawa dan dibaca bersama-sama pada mesyuarat pengarah yang akan datang selepas notis am itu diberikan.
274 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Tiap-tiap pengarah suatu syarikat yang memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa harta yang menyebabkan kewajipan atau kepentingannya mungkin bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah hendaklah mengisytiharkan hakikat itu dan jenis, sifat serta takat percanggahan itu pada mesyuarat pengarah.
Pengisytiharan itu hendaklah dibuat dalam mesyuarat pengarah yang pertama yang dipegang—
selepas dia menjadi pengarah; atau
jika dia sudah menjadi pengarah, selepas dia mula memegang jawatan itu atau memiliki harta itu, mengikut kehendak keadaan.
Setiausaha syarikat hendaklah merekodkan tiap-tiap pengisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu dibuat.
Bagi maksud seksyen ini, suatu kepentingan dalam syer atau debentur syarikat—
suami atau isteri pengarah yang bukan merupakan pengarah syarikat itu; atau
anak, termasuk anak angkat atau anak tiri, bagi pengarah suatu syarikat yang bukan merupakan pengarah syarikat itu, hendaklah dianggap sebagai suatu kepentingan dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan.
Suatu kontrak yang dibuat yang melanggar seksyen ini hendaklah terbatal atas permintaan syarikat itu kecuali jika ia bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan syarikat itu bagi apa-apa balasan berharga dan tanpa apa-apa notis sebenar tentang pelanggaran itu.
Syarikat 275
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada dan bukan pengurangan bagi kuat kuasa mana-mana peruntukan dalam perlembagaan yang menyekat seseorang pengarah daripada mempunyai apa-apa kepentingan dalam kontrak dengan syarikat itu atau daripada memegang jawatan atau memiliki harta yang melibatkan kewajipan atau kepentingan yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah.
Tiap-tiap pegawai dan mana-mana orang lain atau individu yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.