Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

222. Pengarah yang berkepentingan tidak boleh mengambil bahagian atau mengundi

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 221, seseorang pengarah syarikat yang mengikut apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, berkepentingan dalam suatu kontrak yang dibuat atau yang dicadangkan untuk dibuat oleh syarikat, melainkan jika kepentingan itu tidak perlu dizahirkan di bawah seksyen 221, hendaklah dikira hanya bagi mencukupkan kuorum dalam mesyuarat Lembaga tetapi tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan semasa kontrak atau kontrak yang dicadangkan itu sedang dipertimbangkan semasa mesyuarat itu dan tidak boleh mengundi bagi kontrak atau kontrak yang dicadangkan itu.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—

(a)

suatu syarikat persendirian melainkan jika ia merupakan subsidiari kepada syarikat awam;

(b)

suatu syarikat persendirian yang merupakan subsidiari milik penuh suatu syarikat awam, berkenaan dengan apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan untuk dibuat oleh syarikat persendirian itu dengan syarikat pemegangan atau dengan subsidiari milik penuh yang lain syarikat pemegangan yang sama;

276 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(c)

apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan bagi tanggung rugi terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pengarah oleh sebab dia menjadi atau sebagai penjamin suatu syarikat; dan

(d)

apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dibuat atau hendak dibuat oleh suatu syarikat awam atau syarikat persendirian yang merupakan subsidiari suatu syarikat awam, dengan syarikat yang lain yang dalamnya kepentingan pengarah semata-mata terletak—

(i)

padanya sebagai pengarah syarikat itu dan pemegang syer tidak lebih daripada bilangan atau nilai yang dikehendaki untuk melayakkannya dilantik sebagai pengarah; atau

(ii)

padanya yang mempunyai kepentingan tidak lebih daripada lima peratus modal berbayarnya.

(3)

Suatu kontrak yang dibuat yang melanggar subseksyen (1)

hendaklah boleh terbatal atas permintaan syarikat itu kecuali jika ia adalah bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan syarikat itu bagi balasan berharga dan tanpa mendapat apa-apa notis sebenar tentang pelanggaran itu.

(4)

Seseorang pengarah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules