Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
223. Kelulusan syarikat dikehendaki bagi pelupusan pengusahaan atau harta syarikat oleh pengarah
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam perlembagaan, pengarah tidak boleh membuat atau menguatkuasakan apa-apa perkiraan atau transaksi bagi—
perolehan suatu pengusahaan atau harta yang mempunyai nilai yang substansial; atau
Syarikat 277
pelupusan suatu bahagian yang substansial pengusahaan atau harta syarikat itu;
melainkan jika—
pembuatan perkiraan atau transaksi itu dibuat tertakluk pada kelulusan syarikat melalui suatu ketetapan; atau
penguatkuasaan perkiraan atau transaksi itu telah diluluskan oleh syarikat melalui suatu ketetapan.
Bagi maksud subseksyen (1)—
terma “pengusahaan atau harta” termasuk keseluruhan atau sebahagian besar daripada keseluruhan hak, termasuklah hak, faedah atau kawalan kemajuan dalam pengusahaan atau harta itu;
dalam hal suatu syarikat yang kesemua atau mana-mana syernya disebut di bursa saham, atau subsidiarinya, terma
“nilai substansial” atau “bahagian substansial” hendaklah bererti nilai yang sama yang diperihalkan dalam kehendak penyenaraian bursa saham itu jika kelulusan oleh pemegang syer pada suatu mesyuarat agung dikehendaki;
dalam hal suatu subsidiari tidak tersenarai yang syarikat pemegangan merupakan suatu syarikat tersenarai, pengarah syarikat pemegangan itu hendaklah mendapatkan kelulusan pemegang syer bagi syarikat pemegangan itu dalam suatu mesyuarat agung bagi perkiraan atau transaksi oleh subsidiari tidak tersenarai itu sebagai tambahan kepada kelulusan pemegang syer subsidiari tidak tersenarai itu dalam suatu mesyuarat agung yang didapatkan oleh pengarah subsidiari tidak tersenarai itu.
Dalam hal mana-mana syarikat selain syarikat yang baginya subseksyen (2) terpakai, suatu pengusahaan atau harta hendaklah dianggap sebagai suatu nilai substansial dan suatu bahagian pengusahaan atau harta syarikat hendaklah dianggap sebagai suatu bahagian substansial jika—
278 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
nilainya melebihi dua puluh lima peratus jumlah keseluruhan aset syarikat itu;
keuntungan bersih, selepas ditolak semua bayaran kecuali pencukaian dan tidak termasuk butiran luar biasa, yang berkaitan dengan amaunnya lebih daripada dua puluh lima peratus jumlah keseluruhan keuntungan bersih syarikat itu;
atau
nilainya melebihi dua puluh lima peratus modal syer dikeluarkan syarikat itu, mengikut mana-mana yang paling tinggi.
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana anggota syarikat, menahan pengarah itu daripada membuat atau menguatkuasakan suatu perkiraan atau transaksi yang berlanggaran dengan subseksyen (1).
Suatu perkiraan atau transaksi yang berlanggaran dengan subseksyen (1) hendaklah terbatal kecuali bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan syarikat itu bagi balasan berharga dan tanpa sebenarnya mengetahui tentang pelanggaran itu.
Seksyen ini tidak terpakai bagi cadangan pelupusan keseluruhan atau sebahagian besar daripada keseluruhan pengusahaan atau harta syarikat yang dibuat oleh penerima atau penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan atau harta syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam apa-apa surat cara atau oleh Mahkamah atau oleh penyelesai syarikat yang dilantik dalam suatu penggulungan sukarela.
Mana-mana pengarah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
Syarikat 279