Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
224. Pinjaman kepada pengarah
Feedback & supportSesuatu syarikat tidak boleh—
memberikan pinjaman kepada pengarah syarikat itu atau suatu syarikat yang menurut kuasa seksyen 7 disifatkan berkaitan dengan syarikat itu; atau
memberikan apa-apa jaminan atau menyediakan apa-apa cagaran berkaitan dengan suatu pinjaman yang dibuat kepada pengarah itu oleh mana-mana orang lain.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai—
bagi suatu syarikat persendirian terkecuali;
tertakluk pada subseksyen (3), bagi apa-apa jua yang dilakukan untuk memberi pengarah itu dana untuk membayar perbelanjaan yang dilakukan atau yang hendak dilakukan olehnya bagi maksud syarikat itu atau bagi maksud yang membolehkan pengarah itu melaksanakan dengan sepatutnya kewajipannya sebagai pegawai syarikat;
tertakluk pada subseksyen (3), bagi apa-apa jua yang dilakukan untuk memberi pengarah yang berkhidmat dalam penggajian sepenuh masa syarikat itu atau syarikat pemegangannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan dana untuk membayar perbelanjaan yang dilakukan atau yang hendak dilakukan olehnya dalam membeli atau selainnya memperoleh suatu rumah; atau
bagi apa-apa pinjaman yang diberikan kepada mana-mana pengarah itu yang berkhidmat dalam penggajian sepenuh masa syarikat itu atau syarikat pemegangannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika syarikat itu telah meluluskan ketetapan untuk meluluskan suatu skim bagi memberi pinjaman kepada pekerja syarikat dan pinjaman itu adalah mengikut skim itu.
280 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Perenggan (2)(b) atau (c) tidak membenarkan pemberian apa-apa pinjaman, atau pemberian apa-apa jaminan atau penyediaan apa-apa cagaran kecuali dengan kelulusan syarikat terlebih dahulu pada ketetapan yang dalamnya tujuan perbelanjaan itu serta amaun pinjaman itu atau takat jaminan atau cagaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dizahirkan.
Jika tiada kelulusan diberikan terlebih dahulu di bawah subseksyen (3), syarikat itu boleh membenarkan pemberian apa-apa pinjaman atau pemberian apa-apa jaminan atau penyediaan apa-apa cagaran—
dalam hal suatu syarikat awam, pada atau sebelum mesyuarat agung tahunan berikutnya yang akan datang; atau
dalam hal suatu syarikat persendirian, dalam masa enam bulan dari pemberian pinjaman, pemberian apa-apa jaminan, atau penyediaan apa-apa cagaran itu.
Jika tiada kebenaran diberikan oleh syarikat di bawah subseksyen (4), pinjaman itu hendaklah dibayar balik atau liabiliti di bawah jaminan atau cagaran itu hendaklah dilepaskan, mengikut mana-mana yang berkenaan—
dalam hal suatu syarikat awam, selepas enam bulan dari selesainya mesyuarat agung tahunan yang disebut dalam perenggan (4)(a); atau
dalam hal suatu syarikat persendirian, selepas dua belas bulan dari pemberian pinjaman itu, pemberian apa-apa jaminan atau penyediaan apa-apa cagaran.
Jika kelulusan syarikat tidak diberikan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana syarat itu, pengarah yang membenarkan pemberian pinjaman itu atau yang memberi jaminan atau menyediakan cagaran itu hendaklah secara bersesama dan berasingan bertanggungan untuk menanggung rugi syarikat itu terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung.
Syarikat 281
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk menghalang syarikat daripada mendapatkan amaun apa-apa pinjaman atau amaun yang baginya ia menjadi bertanggungan di bawah apa-apa jaminan yang diberikan atau berkenaan dengan apa-apa cagaran yang disediakan yang berlawanan dengan seksyen ini.
Seksyen ini tidak terpakai setakat yang institusi kewangan yang dalam perjalanan biasa perniagaannya memberi pinjaman kepada pengarah suatu institusi kewangan atau kepada suatu syarikat yang menurut kuasa seksyen 7 disifatkan berkaitan dengan institusi kewangan itu, atau membuat apa-apa jaminan atau menyediakan apa-apa cagaran berkaitan dengan suatu pinjaman yang diberikan kepada pengarah oleh mana-mana orang lain, mengikut spesifikasi yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan olehnya.
Bagi maksud seksyen ini, “institusi kewangan” merujuk kepada suatu institusi berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang diperihalkan di bawah
Akta
Institusi
Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618].
Jika suatu syarikat melanggar seksyen ini, mana-mana pengarah yang membenarkan pemberian apa-apa pinjaman, pembuatan apa-apa jaminan atau penyediaan apa-apa cagaran yang berlawanan dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.