Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
234. Section 234
Feedback & supportSeksyen ini terpakai jika—
suatu syarikat berhad yang mempunyai hanya satu anggota membuat kontrak dengan anggota tunggal;
anggota tunggal itu adalah juga seorang pengarah syarikat;
dan
kontrak tidak dibuat dalam perjalanan biasa urusan syarikat.
Syarikat hendaklah, melainkan jika kontrak adalah secara bertulis, memastikan bahawa terma kontrak direkodkan dengan sewajarnya dalam minit mesyuarat pengarah yang diadakan sebaik selepas kontrak itu dibuat.
Seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada dan bukan pengurangan bagi mana-mana undang-undang lain yang terpakai bagi kontrak antara syarikat dengan pengarah syarikat.
Syarikat 295
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Subpenggal 4
Setiausaha