Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
236. Pelantikan setiausaha
Feedback & supportIn plain English
The board appoints the secretary and sets the terms of the appointment. The first secretary must be appointed within thirty days from the date the company is incorporated. A person can be appointed only if they agree in writing, are qualified and are not disqualified. The company and each person who breaks this section commit an offence.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Lembaga pengarah hendaklah melantik seorang setiausaha dan menentukan terma dan syarat bagi pelantikan itu.
Walau apa pun subseksyen (1), pelantikan setiausaha yang pertama hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemerbadanan syarikat.
Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai setiausaha melainkan jika—
dia memberikan persetujuan secara bertulis untuk dilantik sebagai setiausaha;
dia seorang yang berkelayakan di bawah subseksyen 235(2);
dan
dia bukan seorang yang dihilangkan kelayakan di bawah seksyen 238.
Syarikat dan tiap-tiap orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.