Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
233. Hak anggota untuk memeriksa dan meminta salinan
Feedback & supportTiap-tiap salinan kontrak yang dikehendaki supaya disimpan di bawah seksyen 232 hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh—
dalam hal suatu syarikat awam yang mempunyai modal syer, oleh anggota yang memegang sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah keseluruhan modal berbayar; atau
dalam hal suatu syarikat awam yang tidak mempunyai modal syer, oleh sekurang-kurangnya sepuluh peratus anggota.
294 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Tertakluk pada subseksyen (1), anggota yang berhak untuk membuat pemeriksaan atas permintaan dan apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan adalah berhak diberikan suatu salinan apa-apa kontrak itu.
Salinan itu hendaklah diberikan dalam masa tujuh hari dari tarikh permintaan itu diterima oleh syarikat.
Tiap-tiap pegawai yang menolak suatu permintaan bagi pemeriksaan di bawah subsekyen (1) atau melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit.
Dalam hal apa-apa penolakan atau keingkaran itu, Mahkamah boleh, melalui perintah, memaksa suatu pemeriksaan segera dilakukan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan supaya salinan yang dikehendaki itu dihantar kepada orang yang menghendakinya.
Kontrak dengan anggota tunggal yang juga merupakan pengarah