Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
237. Peletakan jawatan setiausaha
Feedback & supportTertakluk pada perlembagaan atau terma pelantikan, setiausaha boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis kepada Lembaga.
Jika tiada seorang pun pengarah boleh dihubungi di alamat kediaman yang terakhir diketahui, setiausaha itu boleh, walau apa pun subseksyen 235(1), memberitahu Pendaftar fakta tentang niatnya untuk meletakkan jawatan itu.
Setiausaha hendaklah terhenti menjadi setiausaha syarikat—
apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu diserah simpan di bawah subseksyen (1) atau tempoh yang
Syarikat 297
dinyatakan dalam perlembagaan atau terma pelantikan, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis kepada
Pendaftar itu di bawah subseksyen (2).
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) dan (2) boleh melepaskan setiausaha daripada menanggung liabiliti bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan sebelum setiausaha itu mengosongkan jawatannya.