Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
495. Hutang yang kena dibayar oleh penyumbang kepada syarikat dan takat tolakan
Feedback & supportApabila penyelesai membuat permohonan, Mahkamah boleh membuat suatu perintah yang mengarahkan mana-mana penyumbang yang pada masa ini berada dalam senarai penyumbang supaya membayar kepada syarikat mengikut cara yang diarahkan oleh perintah itu apa-apa wang yang kena dibayar olehnya atau daripada estet orang yang diwakilinya tidak termasuk apa-apa wang yang kena dibayar olehnya atau estet itu menurut apa-apa panggilan di bawah
Akta ini, dan boleh—
dalam hal sesuatu syarikat tidak berhad, membenarkan penyumbang secara tolakan apa-apa wang yang kena dibayar kepadanya atau kepada estet yang diwakilinya daripada syarikat itu berdasarkan apa-apa urus niaga atau kontrak bebas tetapi bukan apa-apa wang yang kena dibayar kepadanya sebagai anggota syarikat berkenaan dengan apa-apa dividen atau keuntungan;
dalam hal sesuatu syarikat berhad, membuat pemberian yang serupa sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a)
kepada mana-mana pengarah yang liabilitinya tidak terhad atau kepada estetnya; dan
dalam hal mana-mana syarikat sama ada berhad atau tidak berhad, apabila semua pemiutang dibayar sepenuhnya, membenarkan apa-apa wang yang kena dibayar mengenai apa-apa akaun jua kepada penyumbang daripada syarikat boleh secara tolakan terhadap apa-apa panggilan yang berikutnya.
560 Undang-Undang Malaysia AKTA 777