Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
521. Mesyuarat untuk memastikan kemahuan pemiutang atau penyumbang
Feedback & supportMahkamah boleh, mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penggulungan sesuatu syarikat, mengambil kira kemahuan pemiutang atau penyumbang sebagaimana yang dibuktikan kepadanya melalui apa-apa keterangan yang mencukupi, dan boleh jika difikirkan patut oleh Mahkamah bagi maksud memastikan kemahuan itu mengarahkan mesyuarat pemiutang atau penyumbang dipanggil, diadakan dan dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, dan boleh melantik
578 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
seseorang untuk bertindak sebagai pengerusi bagi mana-mana mesyuarat itu dan untuk melaporkan keputusan mesyuarat itu kepada
Mahkamah.
Dalam hal pemiutang, nilai setiap hutang pemiutang hendaklah diambil kira.
Dalam hal penyumbang, bilangan undi yang diberikan ke atas setiap penyumbang oleh Akta ini atau perlembagaan hendaklah diambil kira.
Suruhanjaya khas untuk menerima keterangan