Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
562. Pendaftaran syarikat asing
Feedback & supportBagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini, suatu syarikat asing hendaklah memberikan maklumat yang berikut kepada
Pendaftar:
nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat tinggal biasa tiap-tiap pemegang syer di Malaysia dan, jika mana-mana orang ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan, nama perbadanan, tempat diperbadankan atau tempat asalnya, nombor pendaftaran dan pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan itu;
nama, pengenalan, kewarganegaraan dan tempat tinggal biasa tiap-tiap orang yang dilantik sebagai pengarah syarikat asing di Malaysia;
senarai pemegang syer atau anggota di tempat asalnya;
dalam hal sesuatu syarikat asing dengan modal syer, butir-butir tentang kelas dan bilangan syer di tempat asalnya;
dalam hal suatu syarikat asing berhad tanpa modal syer, amaun yang setakatnya anggota mengaku janji untuk menyumbang kepada aset syarikat asing di tempat asalnya sekiranya syarikat asing itu digulung;
nama dan alamat seseorang yang bermastautin di Malaysia, yang dilantik oleh syarikat asing sebagai ejennya di bawah suatu memorandum pelantikan atau pewakilan kuasa;
maklumat pemunyaan benefisial sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60B(1); dan
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan oleh ejen syarikat asing yang mengesahkan persetujuannya bagi pelantikan itu.
Syarikat 625
Setelah berpuas hati bahawa kehendak Akta ini telah dipatuhi dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah—
mendaftarkan syarikat asing dan menguntukkan suatu nombor pendaftaran bagi syarikat asing itu; dan
mengeluarkan suatu pemberitahuan tentang pendaftaran mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar dan pemberitahuan itu hendaklah menjadi keterangan yang muktamad bahawa kehendak mengenai pendaftaran telah dipatuhi.
Bagi maksud perenggan (1)(c), “senarai pemegang syer atau anggota” ertinya suatu senarai tentang semua pemegang syer atau anggota syarikat asing, dengan syarat bahawa jika bilangan pemegang syer atau anggotanya melebihi lima ratus—
suatu senarai dua puluh pemegang syer terbesarnya atau anggotanya; dan
suatu perakuan oleh ejen yang menyatakan bahawa syarikat asing itu mempunyai lebih daripada lima ratus pemegang syer atau anggota dan senarai penuh pemegang syer atau anggota disimpan di pejabat berdaftar syarikat asing itu dan juga disimpan di pejabat berdaftar syarikat asing itu di
Malaysia.