Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
575. Penyata kewangan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen ini, suatu syarikat asing hendaklah, dalam masa dua bulan dari mesyuarat agung tahunannya, menyerah simpan dengan Pendaftar suatu salinan penyata kewangannya yang disediakan sehingga akhir tahun kewangan terakhirnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir dan disertakan dengan salinan apa-apa dokumen sebagaimana yang syarikat itu dikehendaki untuk mengepilkan, melampirkan atau menghantar dengan penyata kewangannya oleh undang-undang yang pada masa ini terpakai bagi syarikat itu di tempat ia diperbadankan atau di tempat asalnya, bersama dengan akuan berkanun dalam bentuk yang ditetapkan yang menentusahkan bahawa salinan itu ialah salinan sebenar dokumen yang dikehendaki sedemikian.
Pendaftar boleh, jika dia berpendapat bahawa penyata kewangan dan dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) tidak menzahirkan dengan secukupnya kedudukan kewangan syarikat, menghendaki syarikat itu supaya menyerah simpan suatu penyata kewangan dalam apa-apa tempoh, dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir dan mengepilkan kepadanya apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar melalui notis secara bertulis kepada syarikat itu, tetapi subseksyen ini tidak membenarkan Pendaftar menghendaki supaya suatu penyata kewangan mengandungi apa-apa butir atau supaya syarikat mengepilkan, melampirkan atau menghantar apa-apa dokumen yang tidak dikehendaki supaya diberikan jika syarikat itu ialah suatu syarikat awam yang diperbadankan di bawah Akta ini.
Syarikat asing hendaklah mematuhi kehendak yang dinyatakan dalam notis.
636 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Jika suatu syarikat asing tidak dikehendaki oleh undang-undang tempat syarikat asing itu diperbadankan atau tempat asalnya untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan dan menyediakan suatu penyata kewangan, syarikat asing itu hendaklah menyediakan dan menyerah simpan dengan Pendaftar suatu penyata kewangan bagi apa-apa tempoh, dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir dan supaya dikepilkan apa-apa dokumen sebagaimana yang sepatutnya dikehendaki supaya disediakan atau diperoleh oleh pengarah syarikat asing itu jika syarikat asing itu merupakan suatu syarikat awam yang diperbadankan di bawah Akta ini.
Sebagai tambahan kepada penyata kewangan dan dokumen lain yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan Pendaftar oleh subseksyen (1) hingga (4), suatu syarikat asing hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar—
suatu penyata kewangan teraudit dengan sewajarnya dan dokumen lain yang dikehendaki supaya dilampirkan bersama penyata kewangan itu; dan
suatu penyata teraudit dengan sewajarnya yang menunjukkan aset syarikat asing itu yang digunakan dalam dan liabiliti yang berbangkit daripada operasinya di Malaysia pada tarikh penyata kewangannya disediakan, yang setakat yang dapat dilaksanakan, mematuhi piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai dan yang memberikan pendapat yang benar dan patut tentang operasi syarikat asing itu di Malaysia bagi tahun kewangan syarikat itu sebelumnya yang terakhir.
Tertakluk pada subseksyen (5), syarikat asing adalah berhak untuk membuat apa-apa pengumpukan perbelanjaan yang dilakukan berkaitan dengan operasi atau pentadbiran yang menyentuh kedua-dua
Malaysia dan tempat lain dan untuk menambah apa-apa nota dan penerangan yang pada pendapatnya adalah perlu atau wajar untuk memberikan pandangan yang benar dan patut tentang keuntungan atau kerugian operasinya di Malaysia.
Syarikat 637
Pendaftar boleh menepikan pematuhan subseksyen (5)
berhubung dengan mana-mana syarikat asing jika Pendaftar berpuas hati bahawa—
tidak praktikal untuk mematuhi subseksyen ini dengan mengambil kira sifat operasi syarikat itu di Malaysia;
tiada nilai sebenar dengan mengambil kira amaun yang terlibat;
ia melibatkan perbelanjaan yang amat tidak sepadan dengan nilainya; atau
ia mengelirukan atau memudaratkan perniagaan syarikat atau mana-mana syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itu menurut kuasa seksyen 7.
Penyata kewangan hendaklah disifatkan telah diaudit dengan sewajarnya bagi maksud subseksyen (5) jika penyata kewangan—
disertakan dengan suatu laporan oleh seorang juruaudit syarikat diluluskan mengikut seksyen 266; dan
disertakan dengan suatu akuan berkanun oleh ejen atau, jika ejen tidak bertanggungjawab secara khusus bagi pengurusan kewangan syarikat, oleh orang yang bertanggungjawab sedemikian yang menyatakan pendapatnya mengenai ketepatan atau selainnya tentang penyata itu dan akaun untung rugi.