Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
564. Nama syarikat asing dan penyiarannya
Feedback & supportSuatu syarikat asing hendaklah didaftarkan di bawah nama sebagaimana yang didaftarkan di tempat asalnya tertakluk pada nama itu tersedia di bawah seksyen 26.
Apa-apa perubahan pada nama sesuatu syarikat asing tidak boleh didaftarkan jika nama itu tidak tersedia di bawah seksyen 26.
Tiada syarikat asing yang kepadanya Bahagian ini terpakai boleh menggunakan apa-apa nama di Malaysia selain nama yang di bawahnya syarikat asing itu didaftarkan di bawah Penggal ini.
Syarikat asing dan tiap-tiap pegawai atau ejen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.