Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

566. Kehendak supaya mempunyai pejabat berdaftar

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat asing hendaklah, pada setiap masa, mempunyai suatu pejabat berdaftar di dalam Malaysia—

(a)

yang kepadanya semua perhubungan dan notis dialamatkan;

dan

(b)

yang hendaklah dibuka kepada dan boleh diakses oleh orang awam sepanjang waktu perniagaan biasa.

(2)

Tiap-tiap syarikat asing hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari syarikat asing itu menubuhkan tempat perniagaan atau mula menjalankan perniagaan di dalam Malaysia, menyerah simpan dengan

Pendaftar tentang keadaan pejabat berdaftarnya di Malaysia dan, melainkan jika pejabat itu dibuka kepada dan boleh diakses oleh orang awam sepanjang waktu perniagaan biasa, hari dan waktu yang baginya syarikat asing itu dibuka kepada dan boleh diakses oleh orang awam.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules