Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
583. Pelupusan syer bagi pemegang syer yang di mana dia berada tidak diketahui
Feedback & supportJika melalui penjalanan usaha yang munasabah suatu syarikat tidak dapat mengetahui di mana seseorang pemegang syer
646 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
berada selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun, syarikat itu boleh menyebabkan suatu iklan disiarkan dalam suatu surat khabar yang diedarkan di tempat yang ditunjukkan dalam daftar anggota sebagai alamat pemegang syer yang menyatakan bahawa syarikat itu selepas habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh iklan itu berhasrat untuk memindahkan syer itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.
Syarikat boleh memindahkan syer yang dipegang oleh pemegang syer dalam syarikat kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan dan bagi maksud itu boleh melaksanakan untuk dan bagi pihak pemunya suatu pemindahan syer itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan jika selepas habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh iklan di mana pemegang syer berada masih tidak diketahui.
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan hendaklah menjual atau melupuskan mana-mana syer yang diterima mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri dan hendaklah berurusan dengan hasil daripada penjualan atau pelupusan itu seolah-olah syer itu merupakan wang yang dibayar kepadanya di bawah undang-undang yang berhubungan dengan wang tidak dituntut.
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan boleh memindahkan apa-apa syer yang diterima kepada pemunya syer jika terdapat tuntutan terhadap syer yang dipegang oleh
Menteri, yang belum dijual atau dilupuskan.