Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

578. Pemberhentian perniagaan di Malaysia

Feedback & support
(1)

Jika suatu syarikat asing terhenti mempunyai suatu tempat perniagaan atau menjalankan perniagaan di Malaysia, syarikat asing itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberhentian, menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis mengenai fakta itu, dan dari hari notis itu diserah simpan, obligasinya untuk menyerah simpan apa-apa dokumen, selain dokumen yang sepatutnya diserah simpan sebelum hari itu, hendaklah terhenti.

(2)

Pendaftar hendaklah mengeluarkan nama syarikat asing daripada daftar setelah habis tempoh dua belas bulan selepas penyerahsimpanan notis.

(3)

Jika suatu syarikat asing berada dalam penyelesaian atau dibubarkan di tempat syarikat asing itu diperbadankan atau di tempat asalnya—

(a)

mana-mana orang yang, sebaik sebelum permulaan prosiding penyelesaian, menjadi ejen hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari permulaan penyelesaian atau pembubaran atau dalam apa-apa masa selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar dalam hal keadaan khas, menyerah simpan atau menyebabkan supaya diserah simpan

640 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

dengan Pendaftar notis mengenai perkara itu dan, apabila seorang penyelesai dilantik, notis pelantikannya; dan

(b)

penyelesai itu hendaklah mempunyai kuasa dan fungsi seorang penyelesai sehingga seorang penyelesai bagi

Malaysia dilantik dengan sewajarnya oleh Mahkamah.

(4)

Seorang penyelesai suatu syarikat asing yang dilantik bagi

Malaysia oleh Mahkamah atau seseorang yang menjalankan kuasa dan fungsi seorang penyelesai—

(a)

hendaklah, sebelum apa-apa pembahagian aset syarikat asing itu dibuat, melalui iklan dalam surat khabar yang diedarkan secara meluas di setiap negara di mana syarikat asing itu menjalankan perniagaan sebelum penyelesaian jika tiada penyelesai dilantik bagi tempat itu, mempelawa semua pemiutang untuk membuat tuntutan mereka terhadap syarikat asing itu dalam masa yang munasabah sebelum pembahagian itu;

(b)

tidak boleh membayar mana-mana pemiutang sehingga mengetepikan mana-mana pemiutang lain bagi syarikat asing itu tanpa memperoleh suatu perintah Mahkamah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen (8); dan

(c)

hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh

Mahkamah—

(i)

hanya mendapatkan dan merealisasikan aset syarikat asing itu di Malaysia; dan

(ii)

tertakluk pada subseksyen (8), membayar amaun bersih yang didapatkan dan direalisasikan sedemikian kepada penyelesai syarikat asing itu bagi tempat di mana syarikat asing itu ditubuhkan atau diperbadankan selepas membayar apa-apa hutang dan menyelesaikan apa-apa liabiliti yang dilakukan di Malaysia oleh syarikat asing itu.

Syarikat 641

(5)

Jika suatu syarikat asing telah digulung, setakat yang berkenaan dengan asetnya di Malaysia dan tiada penyelesai bagi tempat syarikat asing itu diperbadankan atau tempat asalnya, penyelesai boleh memohon kepada Mahkamah bagi arahan tentang pelupusan amaun bersih yang didapatkan di bawah subseksyen (3).

(6)

Setelah menerima suatu notis daripada ejen bahawa syarikat asing telah dibubarkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan nama syarikat itu daripada daftar.

(7)

Jika Pendaftar mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu syarikat asing terhenti menjalankan perniagaan atau mempunyai tempat perniagaan di Malaysia, peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pemotongan nama syarikat tidak berfungsi itu daripada daftar hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian yang perlu, diluaskan dan terpakai dengan sewajarnya.

(8)

Seksyen 527 hendaklah terpakai bagi suatu syarikat asing yang digulung atau dibubarkan di bawah seksyen ini seolah-olah bagi sebutan mengenai “syarikat” digantikan dengan sebutan mengenai

“syarikat asing”.

Kuasa syarikat asing untuk memegang harta tak alih

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules