Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

576. Penyata tahunan

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat asing hendaklah menyerah simpan dengan

Pendaftar, sekali dalam tiap-tiap tahun kalendar, suatu penyata tahunan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar.

(2)

Penyata tahunan itu hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

638 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

alamat pejabat berdaftarnya;

(b)

alamat tempat perniagaannya termasuk cawangan, jika ada;

(c)

alamat tempat daftar anggotanya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;

(d)

alamat tempat rekod kewangannya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;

(e)

dalam hal suatu syarikat dengan modal syer, ringkasan struktur pemegangan syernya, termasuk debentur;

(f)

jumlah amaun keterhutangannya di Malaysia;

(g)

butir-butir tentang pengarah, pegawai, juruaudit dan ejen di

Malaysia;

(h)

senarai pemegang syer atau anggotanya;

(ha)

maklumat pemunyaan benefisial sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60B(1);

(hb)

alamat yang daftar pemunya benefisial syarikat itu dikehendaki untuk disimpan menurut subseksyen 60B(2), jika tidak disimpan di pejabat berdaftarnya; dan

(i)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.

(3)

Penyata itu hendaklah diserah simpan tidak lewat daripada tiga puluh hari dari ulang tahun tarikh pendaftarannya atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar dalam hal keadaan khas.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules