Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

577. Penyampaian notis

Feedback & support

Apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya disampaikan kepada suatu syarikat asing hendaklah disampaikan dengan secukupnya—

Syarikat 639

(a)

jika dokumen itu dialamatkan kepada syarikat asing itu dan ditinggalkan di atau dihantar melalui pos ke pejabat berdaftarnya di Malaysia;

(b)

jika dokumen itu dialamatkan kepada ejen syarikat itu dan ditinggalkan di atau dihantar melalui pos ke alamat berdaftarnya; atau

(c)

dalam hal suatu syarikat asing yang terhenti mengekalkan tempat perniagaan di Malaysia, jika dokumen itu dialamatkan kepada syarikat asing itu dan ditinggalkan di atau dihantar melalui pos ke pejabat berdaftarnya di tempat syarikat asing itu diperbadankan atau di tempat asalnya.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules