Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
569. Pendaftaran syer dalam daftar cawangan
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini, atas suatu permohonan bagi maksud itu oleh seseorang anggota yang bermastautin di Malaysia, syarikat asing hendaklah mendaftarkan dalam suatu daftar cawangan syarikat asing, syer yang dipegang oleh anggota yang didaftarkan dalam mana-mana daftar lain yang disimpan oleh syarikat itu.