Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
567. Penyata hendaklah difailkan jika dokumen, dsb., diubah
Feedback & supportJika apa-apa perubahan atau pengubahan dibuat mengenai—
piagam, statut, perlembagaan, memorandum atau perkara syarikat asing atau surat cara lain yang diserah simpan dengan Pendaftar;
630 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
pengarah syarikat asing atau pada nama atau alamat mana-mana pengarah;
ejen syarikat asing atau nama atau alamat mana-mana ejen;
keadaan pejabat berdaftar syarikat asing di Malaysia atau hari atau waktu yang baginya pejabat berdaftar syarikat asing itu dibuka kepada dan boleh diakses oleh orang awam;
alamat pejabat berdaftar syarikat asing di tempat syarikat asing diperbadankan atau di tempat asalnya;
nama syarikat asing;
status sama ada syarikat asing itu syarikat persendirian atau syarikat awam; atau
kuasa mana-mana pengarah yang bermastautin di Malaysia yang menjadi anggota lembaga pengarah tempatan bagi syarikat asing, syarikat asing itu hendaklah, dalam masa empat belas hari atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh
Pendaftar dalam hal keadaan khas selepas perubahan atau pengubahan itu, menyerah simpan dengan Pendaftar butir-butir tentang perubahan atau pengubahan itu dan apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Tertakluk pada Akta ini, Pendaftar hendaklah mendaftar perubahan atau pengubahan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) setelah menerima butir-butir tentang perubahan atau pengubahan itu.
Jika sesuatu syarikat asing menambahkan modal syer atau modal syer dibenarkan, syarikat asing itu hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar notis tentang amaun yang daripadanya dan amaun yang kepadanya modal syer itu ditambah dalam masa tiga puluh hari atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar dalam hal keadaan khas selepas pertambahan itu.
Syarikat 631
Jika sesuatu syarikat asing yang tidak mempunyai modal syer menambahkan bilangan anggotanya melebihi bilangan yang didaftarkan, syarikat asing itu hendaklah menyerah simpan dengan
Pendaftar notis tentang pertambahan itu dalam masa tiga puluh hari atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar dalam hal keadaan khas selepas pertambahan itu selesai atau dibuat.
Jika apa-apa perintah dibuat oleh Mahkamah di bawah mana-mana undang-undang yang bersamaan dengan seksyen 366 yang berkuat kuasa di negara yang di dalamnya suatu syarikat asing diperbadankan, syarikat asing itu hendaklah menyerah simpan dengan
Pendaftar suatu salinan fail perintah itu dalam masa tiga puluh hari atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh
Pendaftar dalam hal keadaan khas selepas perintah itu dibuat.