Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
574. Akaun hendaklah disimpan oleh syarikat asing
Feedback & supportTiap-tiap syarikat asing, pengarah dan pengurus hendaklah menyebabkan—
supaya disimpan rekod perakaunan dan rekod lain di Malaysia yang akan menghuraikan dengan secukupnya transaksi dan kedudukan kewangan syarikat asing itu yang berbangkit daripada operasinya di Malaysia; dan
supaya rekod di bawah perenggan (a) disimpan mengikut apa-apa cara bagi membolehkan rekod itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diaudit oleh seseorang yang diluluskan di bawah seksyen 263.
Tiap-tiap syarikat asing, pengarah dan pengurus syarikat asing itu hendaklah menyebabkan supaya dibuat kemasukan yang sewajarnya dalam rekod perakaunan dan rekod lain dalam masa enam
Syarikat 635
puluh hari dari penyempurnaan transaksi yang dimaksudkan oleh kemasukan itu.
Subseksyen 245(3), (4), (7) dan (8) hendaklah terpakai bagi syarikat asing seolah-olah bagi sebutan mengenai suatu “syarikat”
digantikan dengan sebutan mengenai suatu “syarikat asing”.