Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
565. Obligasi untuk menyatakan nama syarikat asing, sama ada berhad, dan tempat diperbadankan
Feedback & supportSuatu syarikat asing hendaklah—
mempamerkan dengan cara yang mudah dilihat namanya dan tempat syarikat asing itu ditubuhkan atau diperbadankan dalam huruf rumi di luar pejabat berdaftarnya dan tiap-tiap tempat perniagaan yang ditubuhkan oleh syarikat asing di Malaysia;
menyebabkan namanya, nombor syarikatnya dan tempat syarikat asing itu ditubuhkan atau diperbadankan dinyatakan dalam huruf rumi yang boleh dibaca pada yang berikut:
surat urusan, notis dan penerbitan rasminya yang lain, termasuk melalui media elektronik;
laman sesawangnya;
628 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan dan borang pesanannya;
cek yang berupa sebagai ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat;
pesanan, invois dan tuntutan lain bagi bayaran, resit dan surat kredit yang berupa sebagai dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan
semua bentuk surat dan dokumentasi perniagaannya yang lain;
jika liabiliti anggotanya adalah terhad, melainkan jika perkataan terakhir pada namanya ialah perkataan “Berhad”
atau “Limited” atau singkatan “Bhd.” atau “Ltd.”, menyebabkan notis tentang fakta itu—
dinyatakan dalam huruf yang boleh dibaca dalam tiap-tiap prospektus yang dikeluarkan oleh syarikat asing itu dan dalam semua hal keadaan yang disebut dalam perenggan (b); dan
kecuali dalam hal perbadanan bank, dipamerkan di luar pejabat berdaftarnya dan tiap-tiap tempat perniagaan yang ditubuhkan oleh syarikat asing itu di Malaysia.
Kehendak di bawah subseksyen (1) yang berhubungan dengan pameran atau pernyataan namanya hendaklah disifatkan tidak dipatuhi jika nama sesuatu syarikat asing ditunjukkan dengan huruf atau dengan apa-apa cara lain selain penggunaan huruf rumi—
di luar pejabat berdaftarnya;
di luar mana-mana tempat perniagaan yang ditubuhkan olehnya di Malaysia; atau
pada mana-mana dokumen yang disebut dalam subseksyen (1),
Syarikat 629
melainkan jika nama syarikat asing itu dipamerkan di luar pejabat berdaftar atau tempat perniagaannya atau dinyatakan pada dokumen dalam huruf rumi, sekurang-kurangnya sama saiz dengan semua huruf yang dipamerkan atau dinyatakan pada pejabat, tempat perniagaan atau dokumen yang berkaitan.
Dalam seksyen ini, “nombor syarikat” ertinya nombor yang diuntukkan oleh Pendaftar kepada suatu syarikat asing selepas pendaftarannya.