Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

568. Daftar cawangan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen ini, suatu syarikat asing yang mempunyai modal syer dan mempunyai mana-mana anggota yang bermastautin di Malaysia hendaklah menyimpan suatu daftar cawangan bagi maksud pendaftaran syer anggota yang bermastautin di Malaysia yang memohon supaya syer itu didaftarkan di pejabat berdaftarnya di Malaysia atau di mana-mana tempat lain di Malaysia.

(2)

Syarikat tidak berkewajipan untuk menyimpan suatu daftar cawangan di bawah subseksyen (1) sehingga selepas habis tempoh enam puluh hari dari penerimaan oleh syarikat itu suatu permohonan secara bertulis oleh seseorang anggota yang bermastautin di Malaysia bagi pendaftaran syer yang dipegang oleh anggota itu dalam daftar cawangan syarikat itu di Malaysia.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana syarikat asing yang melalui perlembagaannya melarang apa-apa pelawaan kepada orang awam untuk melanggan syer dalam syarikat asing itu.

(4)

Tiap-tiap daftar sebagaimana yang disebut dahulu hendaklah disimpan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Penggal 8

Bahagian II seolah-olah daftar itu ialah daftar sesuatu syarikat dan

632 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

pemindahan hendaklah dibuat pada daftar itu mengikut cara yang sama dan pada gadaian yang sama sebagaimana pada daftar utama syarikat itu dan pemindahan yang diserah simpan di pejabat berdaftar syarikat itu di Malaysia hendaklah mengikat syarikat itu dan Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang sama berhubung dengan pembetulan daftar itu sebagaimana yang dipunyai Mahkamah berkenaan dengan daftar suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.

(5)

Jika sesuatu syarikat asing membuka suatu daftar cawangan di

Malaysia, syarikat asing itu hendaklah menyerah simpan dengan

Pendaftar suatu notis tentang fakta itu yang menyatakan alamat di mana daftar itu disimpan dalam masa empat belas hari dari pembukaan cawangan itu.

(6)

Jika apa-apa perubahan dibuat di tempat di mana daftar disimpan atau di mana daftar ditamatkan, syarikat asing hendaklah menyerah simpan notis tentang perubahan atau penamatan itu dengan

Pendaftar dalam masa empat belas hari dari perubahan atau penamatan itu.

(7)

Jika suatu syarikat asing atau perbadanan berhak di bawah suatu undang-undang tempat pemerbadanan yang bersamaan dengan seksyen 371 untuk memberikan notis kepada seseorang pemegang syer yang menentang dalam syarikat asing itu, bahawa syarikat asing itu berhasrat untuk memperoleh mana-mana syernya yang didaftarkan pada daftar cawangan yang disimpan di Malaysia, seksyen ini hendaklah terhenti terpakai bagi syarikat asing itu sehingga—

(a)

syer itu diperoleh; atau

(b)

syarikat atau perbadanan itu terhenti daripada berhak untuk memperoleh syer itu.

(8)

Syarikat asing, tiap-tiap pegawai dan ejen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Syarikat 633

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules