Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
581. Kuasa untuk memberikan relief
Feedback & supportDalam mana-mana prosiding bagi kecuaian, keingkaran, pelanggaran kewajipan atau pecah amanah terhadap mana-mana orang yang kepadanya seksyen ini terpakai, jika didapati oleh Mahkamah
Syarikat 643
yang di hadapannya prosiding itu dijalankan bahawa seseorang adalah bersalah atau mungkin bersalah, tetapi bahawa orang itu telah bertindak secara jujur dan munasabah dan bahawa, dengan mengambil kira segala hal keadaan kes, dia patut dikecualikan secara saksama daripada kecuaian, keingkaran atau pelanggaran itu, Mahkamah boleh melepaskan orang itu sama ada dengan sepenuhnya atau sebahagiannya daripada liabilitinya mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Jika mana-mana orang yang kepadanya seksyen ini terpakai mempunyai sebab untuk menjangka bahawa apa-apa tuntutan akan dibuat atau mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, pelanggaran kewajipan atau pecah amanah, dia boleh memohon kepada Mahkamah bagi relief, dan Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang sama untuk melepaskannya sebagaimana yang sepatutnya dipunyai oleh Mahkamah di bawah seksyen ini jika Mahkamah itu merupakan suatu Mahkamah yang di hadapannya prosiding dijalankan terhadap orang itu bagi kecuaian, keingkaran, pelanggaran kewajipan atau pecah amanah.
Seksyen ini terpakai bagi—
pegawai suatu perbadanan;
seseorang yang diambil bekerja oleh sesuatu perbadanan sebagai juruaudit, sama ada dia merupakan pegawai atau bukan pegawai perbadanan itu;
seorang pakar mengikut pengertian Akta ini;
penyelesai atau seseorang yang dilantik oleh Mahkamah, penerima, penerima dan pengurus atau pengurus kehakiman yang menjalankan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini berhubung dengan sesuatu perbadanan; dan
seorang penama yang dilantik di bawah perkiraan sukarela untuk menjalankan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini berhubung dengan sesuatu perbadanan.
644 Undang-Undang Malaysia AKTA 777