Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
582. Ketidakteraturan dalam prosiding
Feedback & supportTiada prosiding di bawah Akta ini boleh menjadi tidak sah disebabkan apa-apa kecacatan, ketidakteraturan atau kekurangan dalam notis atau masa melainkan jika Mahkamah berpendapat bahawa ketidakadilan substansial telah atau boleh disebabkan yang tidak boleh diremedi oleh apa-apa perintah Mahkamah.
Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa prosiding itu adalah sah walau apa pun apa-apa kecacatan, ketidakteraturan atau kekurangan itu.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan (2) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan atau ketidakteraturan, termasuk ketiadaan kuorum pada mana-mana mesyuarat syarikat atau pengarah berlaku dalam pengurusan atau pentadbiran suatu syarikat yang—
apa-apa pelanggaran Akta ini berlaku;
terdapat keingkaran dalam menuruti perlembagaan syarikat;
atau
apa-apa prosiding dalam atau berkaitan dengan mana-mana mesyuarat syarikat atau pengarah atau apa-apa perhimpunan yang berupa sebagai mesyuarat telah menjadi tidak efektif termasuk kegagalan untuk membuat atau menyerah simpan apa-apa pengisytiharan kesolvenan di bawah seksyen 443,
Mahkamah—
boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk—
membetulkan atau menyebabkan dibetulkan atau menidakkkan atau mengubah suai atau menyebabkan diubah suai kesan perundangan daripada mana-mana
Syarikat 645
peninggalan, kecacatan, kesilapan atau ketidakteraturan itu; atau
mengesahkan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang menjadi atau dikatakan menjadi tidak sah disebabkan atau akibat daripada mana-mana peninggalan, kecacatan, kesilapan atau ketidakteraturan itu;
hendaklah, sebelum membuat apa-apa perintah itu, memuaskan hatinya bahawa perintah itu tidak menyebabkan ketidakadilan kepada syarikat atau mana-mana anggota atau pemiutang;
jika mana-mana perintah itu dibuat, boleh memberikan apa-apa arahan sampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan
boleh menentukan notis atau saman yang hendak diberikan kepada orang lain tentang niat untuk membuat apa-apa permohonan atau tentang niat untuk membuat apa-apa perintah, dan sama ada dan bagaimana notis atau saman itu hendak diberikan atau disampaikan dan sama ada notis atau saman itu perlu diiklankan dalam mana-mana surat khabar.
Mahkamah, sama ada syarikat dalam proses penggulungan atau tidak, boleh melanjutkan atau mengurangkan apa-apa masa bagi melakukan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa prosiding yang dibenarkan atau dibataskan oleh Akta ini mengikut apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang dikehendaki bagi keadilan kes dan apa-apa pelanjutan boleh diarahkan walaupun permohonan bagi pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas tempoh asal yang dibenarkan atau dihadkan.