Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

563. Kehendak supaya syarikat asing mempunyai ejen

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat asing hendaklah pada setiap masa melantik seorang ejen di Malaysia yang, sehingga dia terhenti menjadi ejen mengikut subseksyen (5), hendaklah—

(a)

terus menjadi ejen syarikat asing itu;

(b)

bertanggungjawab bagi segala perbuatan, perkara dan benda yang dikehendaki supaya dilakukan oleh syarikat asing itu di bawah Akta ini; dan 626 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(c)

bertanggungan sendiri bagi semua penalti yang dikenakan ke atas syarikat asing itu bagi apa-apa pelanggaran Akta ini melainkan jika ejen itu memuaskan hati Mahkamah yang mendengar perkara itu bahawa ejen itu tidak sepatutnya bertanggungan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), syarikat asing hendaklah memberitahu Pendaftar tentang apa-apa perubahan yang berhubungan dengan butir-butir ejen yang didaftarkan dalam masa empat belas hari daripada perubahan itu.

(3)

Suatu syarikat asing atau ejennya hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis secara bertulis yang menyatakan bahawa ejen itu terhenti atau akan terhenti menjadi ejen pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Ejen yang berkenaan dengannya notis telah diserah simpan hendaklah terhenti menjadi ejen—

(a)

setelah habis tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyerahsimpanan notis itu dengan Pendaftar atau pada tarikh penyerahsimpanan memorandum pelantikan ejen yang lain mengikut subseksyen (5), mengikut mana-mana yang lebih awal; atau

(b)

jika notis itu menyatakan tarikh ejen itu hendaklah terhenti dan tarikh itu adalah terkemudian daripada habisnya tempoh itu, pada tarikh yang terkemudian itu.

(5)

Jika seseorang ejen terhenti daripada menjadi ejen dan syarikat asing terus menjalankan perniagaan atau mempunyai tempat perniagaan di Malaysia, syarikat asing hendaklah melantik ejen lain dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh ejen terdahulu terhenti daripada menjadi ejen.

Syarikat 627

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules