Skip to content

Seksyen 83

Pelucuthakan syer

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 83 of 159
Seksyen 83

(2)

Notis dalam subseksyen (1) hendaklah—

Syarikat 125

(a)

menyatakan suatu tarikh yang padanya atau sebelumnya pembayaran itu dikehendaki dibuat; dan

(b)

menyatakan bahawa sekiranya tiada pembayaran pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan, syer yang berkenaan dengannya panggilan itu dibuat adalah bertanggungan untuk dilucuthakkan.

(3)

Atas kegagalan mematuhi notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1), syer yang berkenaan dengannya notis telah diberikan hendaklah dilucuthakkan melalui suatu ketetapan pengarah melainkan jika pembayaran sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu telah dibuat sebelum ketetapan itu.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), pelucuthakan itu hendaklah termasuk semua dividen yang diisytiharkan berkenaan dengan syer yang dilucuthakkan itu dan yang tidak sebenarnya dibayar sebelum pelucuthakan itu.

(5)

Seseorang yang syernya telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (3) hendaklah terhenti menjadi anggota berkenaan dengan syer yang dilucuthakkan itu.

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), orang itu hendaklah terus bertanggungan untuk membayar kepada syarikat semua wang yang pada tarikh pelucuthakan itu menjadi kena dibayar olehnya kepada syarikat berkenaan dengan syer bersama dengan faedah atau pampasan pada kadar lapan peratus setahun dari tarikh pelucuthakan itu ke atas wang yang pada masa itu tidak dibayar jika difikirkan patut oleh pengarah untuk menguatkuasakan pembayaran faedah atau pampasan itu, dan liabiliti hendaklah terhenti jika dan apabila syarikat itu menerima pembayaran penuh semua wang berkenaan dengan syer itu.

(7)

Suatu akuan berkanun secara bertulis oleh pengarah atau setiausaha bahawa syer dalam syarikat telah dilucuthakkan sewajarnya pada tarikh yang dinyatakan dalam akuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang fakta yang dinyatakan dalam akuan itu terhadap semua orang yang menuntut sebagai berhak terhadap syer itu.

126 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(8)

Syer yang dilucuthakkan itu boleh dijual atau selainnya dilupuskan atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh pengarah.

(9)

Syarikat boleh menerima balasan, jika ada, yang diberikan bagi suatu syer yang dilucuthakkan atas apa-apa penjualan atau pelupusan syer itu dan boleh melaksanakan pemindahmilikan syer bagi faedah orang yang kepadanya syer itu dijual atau dilupuskan dan orang itu hendaklah—

(a)

didaftarkan sebagai pemegang syer; dan

(b)

tidak menyebabkan hakmiliknya terhadap syer itu terjejas oleh apa-apa ketidakteraturan atau ketidaksahan dalam prosiding itu berkenaan dengan pelucuthakan, penjualan atau pelupusan syer itu.

(10)

Pelucuthakan itu boleh dibatalkan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh pengarah pada bila-bila masa sebelum penjualan atau pelupusan syer yang dilucuthakkan itu.

(11)

Seksyen ini hendaklah terpakai dalam hal apa-apa jumlah wang yang tidak dibayar, melalui terma keluaran syer, menjadi kena dibayar kepada syarikat pada tarikh yang ditetapkan, seolah-olah syer itu telah menjadi kena dibayar menurut kuasa suatu panggilan yang dibuat dan diberitahu dengan sewajarnya.