Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

84. Kuasa syarikat untuk mengubah modal syernya

Feedback & support
(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perlembagaan, suatu syarikat boleh mengubah modal syernya dalam mana-mana satu atau lebih cara yang berikut melalui kelulusan suatu ketetapan untuk—

(a)

menggabungkan dan membahagikan semua atau mana-mana modal syernya, perkadaran antara amaun yang dibayar dengan amaun itu, jika ada, yang tidak dibayar atas setiap syer yang dipecah bahagi itu hendaklah sama sebagaimana syer itu dalam hal syer yang daripadanya syer yang dipecah bahagi itu diperoleh;

(b)

menukarkan semua atau mana-mana syer berbayarnya kepada saham dan boleh menukarkan semula saham itu kepada syer berbayar; atau

(c)

memecahbahagikan syernya atau mana-mana bahagian syernya, walau apa pun dalam pecah bahagian itu, perkadaran antara amaun yang dibayar dengan amaun itu, jika ada, yang tidak dibayar atas setiap syer yang dipecah bahagi itu hendaklah sama sebagaimana syer itu dalam hal syer yang daripadanya syer dipecah bahagi itu diperoleh.

(2)

Syarikat itu hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar notis mengenai apa-apa pengubahan yang disebut dalam subseksyen (1)

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules